Sunday 20 March 2016

Pengklonan Dalam Islam

Definisi Pengklonan
  • Perkataan 'klon' berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'ranting'. Di dalam bahasa arab pula kaedah ini dikenali sebagai “at-tansil” oleh sebahagiannya atau “al-istinsaq” oleh sebahagian yang lain.
  • Klon ialah proses menghasil dan menyalin  sesuatu makhluk yang baru dari spesis makhluk yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel-sel tertentu melalui kaedah-kaedah tertentu. 
  • Ianya melibatkan sama ada manusia, haiwan atau tumbuhan.

Hukum Pengklonan
  • Hukum pengklonan  pembiakan manusia dalam Islam adalah HARAM kerana pengklonan untuk pembiakan manusia ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia. Ini kerana ianya menjadi penghalang kepada keharmonian dan kasih sayang di kalangan manusia dengan hukum pembiakan secara berpasangan yang mana Allah jadikannya sebagai petunjuk di dalam ayat al-Quran bahkan pengklonan ini juga bercanggah dari tabiat semulajadi manusia. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hujurat ayat 13 :   

قال تعالى : يأيها الناس إنا خلقنكم من ذكر وأنثى وجعلنكم شعوبا وقبائل لتعارفوا 
           Maksudnya : Wahai umat manusia sesungguhnya sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa agar kamu berkenal-kenalan. 

           Allah SWT juga berfirman di dalam surah ar-Rum ayat 21 yang berbunyi :

 قال تعالى : ومن ءايته أن خلق لكم من أنفسكم أزوجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة إن في ذلك لأيت لقوم يتفكرون                    
      Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir.
  • Namun bagi haiwan dan tumbuhan, pengklonan diHARUSkan dengan syarat ianya mendatangkan keburukan dan mendatangkan kebaikan kepada manusia seluruhnya.

Pengklonan Manusia
  • Proses pengklonan manusia merupakan proses yang rumit kerana DNA manusia amat kompleks.
  • Banyak sekali kegagalan dalam proses proses pengklonan. Pengklonan manusia berisiko besar melahirkan makhluk yang cacat dan tidak sempurna sifatnya. 
  • Inilah bayi-bayi hasil pengklonan yang gagal.



     

 Pengklonan Haiwan
  Pengklonan haiwan sebenarnya telah banyak dilakukan antara kucing, khinzir, telur ayam, labah-labah dan yang paling diketahui oleh masyarakat ialah pengklonan kambing yang diberi nama Dolly dan Polly. 

Dolly dan Polly
Sebenarnya penyelidikan mengenai klon telah dijalankan sejak tahun 70-an. Namun begitu hanya pada 1997, kaedah pengklonan akhirnya, dibuktikan. Dr. Ian Wilmut dari Scotland, berjaya melahirkan Dolly ( sempena nama penyanyi country, Dolly Parton dan sel yang digunakan berasal daripada sel pada kelenjar buah dada seekor kambing biri-biri betina yang lain ).
Kelahiran Dolly diberi liputan yang meluas kerana ia amat dinanti-nantikan. Bayangkan sahaja, Dolly menjelma daripada teknik pengklonan reproduktif adalah merupakan satu-satunya hasil daripada 277 percubaan dengan 29 bejaya tiba ke peringkat pembahagian sel diikuti dengan 13 biri-biri yang bunting dan akhimya seekor sahaja yang selamat melahirkan anak iaitu Dolly. Manakala yang lain gugur atau mati sebaik saja dilahirkan.
Selepas Dolly, muncul pula Polly yang mempunyai gen manusia, Faktor IX - sejenis protein yang diperlukan untuk membekukan darah. Teknik pengklonan akan 'melahirkan' lebih banyak Polly yang boleh mengeluarkan protein manusia dalam susu mereka untuk digunakan bagi mengubati pesakit hemofilia.
Hemofilia adalah penyakit keturunan di mana darah tidak boleh membeku dan sehingga kini penawarnya tidak ditemui. 


Pengklonan Tumbuhan

  • Pengklonan tumbuhan dilakukan mengguna kaedah kultur tisu. 
  • Kultur tisu merupakan teknik atau proses untuk memastikan tisu hidup dalam nutrien buatan. 



Adakah pengklonan Mencabar Tuhan??


Dari pandangan agama Islam, 
  • Islam memandang berat kekeliruan ini kerana ia akan membawa kepada masalah penetuan nasab. 
  • Hanya Allah yang mempunyai kuasa untuk mencipta manusia bukan manusia itu sendiri. 
  • Perbuatan pengklonan ini akan membuat manusia berasa dirinya mempunyai kuasa dan mampu mencipta serta menentukan kejadian manusia lain menurut kehendaknya sendiri.
  • Teknologi pengklonan manusia juga boleh meruntuhkan institusi keluarga kerana peranan yang dimainkan lelaki tidak lagi penting, sebaliknya wanita yang tidak berkahwin juga boleh memiliki anak.


Kesimpulan

  • Diakhir blog ini, kami mendapati teknologi pengklonan terhadap manusia dan haiwan sememangnya HARAM kerana ianya lebih mendatangkan keburukan dan hidup mati makhluk adalah ketentuan Allah.
  • Pengklonan sel manusia untuk mendapatkan organ penting akan dapat mendatangkan manfaat tetapi tidak jika digunakan untuk mencipta manusia baru.
  • Kemusykilan membabitan akidah harus segera diperbetulkan menerusi perbincangan saintis dan ulama'.

2 comments: